Wednesday, May 4, 2011

Sudah Setahun Berlalu

Alhamdulillah, pejam celik - pejam celik, kedai aku dah setahun beroperasi. Dalam setahun ni dah rasa macam2 pengalaman dlm dunia perniagaan ni, pahit ada, manis pon ada, happy ada, sedih pon ada tapi...... aku tetap bersemangat nak teruskan perniagaan ni.

Jadi........

Aku ambik keputusan nak buat perubahan dalam perniagaan aku setelah setahun aku belajar macam-macam perkara, maksud aku perubahan dalam semua segi. Untuk permulaan pertama aku nak buat renovation kat dalam kedai terlebih dahulu, biar kasi cantik, menarik & daa bomb, baru boleh tarik lebih ramai pelanggan masuk & aku pon semangat nak kerja.

Gedebuk-gedebak total kos aku labur untuk renovation ni ada la dekat RM15K gak, tapi aku berpuas hati sebab kedai memang totally lain dari yg lain, kebanyakan customer yg datang semua cakap cantik & menarik.

Kat bawah ni aku update gambar terbaru kedai aku sekarang, start tutup untuk renovation tempoh hari selama 10 hari (11 April 2011 - 22 April 2011) .

Dan hasilnyaaa....

Gambar SEBELUM






Gambar SELEPAS







Ada lagi.......









Sikit lagi layan......





Kenapa color Merah? Sebab aku suka color merah, masa renovation tempoh hari ramai ingat aku dah nak tutup spa aku ni, dia orang cakap nak buka restoran pulak ke sebab color merah terang giler hahahaha.... Apa-apa pon aku rasa puas hati sangat walaupon ni tak siap 100% lagi sebab bahagian decoration aku tak sentuh pon lagi ni sebab dah lama tutup, rugi wooo aku macam ni, jadi aku discuss dengan member aku yg buat kedai ni, kita orang nak running dulu, sambil2 running nanti kita leh bincang pasal konsep & decoration untuk spa aku ni. Jadi, any idea untuk konsep decoration aku ni supaya lebih menarik? Kalau ada pendapat @ idea yg menraik & lain dari yg lain, leh email kat aku onirot@gmail.com , segala cadangan amatlah dihargai

Lastly, jemputlah datang beramai2 ke kedai kami ni terutama pelanggan2 yg duduk sekitar Shah Alam, Subang Jaya & Klang, leh lepak2 minum kat restoran sebelah spa Tip Top ni sambil menunggu kereta anda siap dicuci.

0 comments: